Cukai / Hasil Tanah

1. Apakah Cukai Tanah?

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5) Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

2. Perbezaan 'Cukai Tanah' dan 'Cukai Taksiran'?

Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kubang Pasu dan perlu dibayar dua kali setahun  (Akta.K. Tem 171),  manakala Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri (KTN Sek. 5).

3. Bila perlu bayar bil cukai tanah?

Anda diberi tempoh untuk membayar bil cukai tanah antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

4. Apa Akan Terjadi Jika Hasil/Cukai tidak di bayar sebelum 1 Jun setiap tahun ?

Jika tidak dibayar sebelum 1 Jun, cukai tanah akan menjadi tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tunggakan ini akan dikenakan DENDA LEWAT mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan (KTN Sek 93,94(2).

5. Apa akan terjadi jika Hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar ?

Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar notis 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayaran notis 6A sebanyak RM 10.00 setiap pemilik akan dikenakan.(KTN Sek 97).

6. Apa akan terjadi jika hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar dalam tempoh 3 bulan Notis 6A diserahkan?

Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas MENJADI MILIK KERAJAAN sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang. (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131) Perampasan akan diisytiharkan dalam notis 8A dan diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri. (KTN Sek. 131). Dengan terjadinya perampasan, anda tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.

7. Bagaimana anda boleh membayar Hasil/Cukai?

Anda boleh membayar Cukai Tanah di Kaunter Unit Hasil,Pejabat Tanah Kubang Pasu, Pejabat Daerah Kecil Jerlun serta mana-mana Pejabat Tanah Negeri Kedah yang berhampiran anda.

Cukai Tanah juga boleh dijelaskan secara online dengan melayari Portal PTG kedah di url www.ptgkedah.gov.my/

Anda juga boleh membayar Cukai Tanah melalui pos menggunakan wang pos, cek berpalang (A/C Payee Only) dan Bank Draft di atas nama 'PENTADBIR TANAH DAERAH'.

*pembayaran melalui cek persendirian adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Perubahan alamat pemilik tanah hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu dengan segera.

8. Saya tidak terima bil. Bagaimana nak bayar bil cukai tanah?

Anda bertanggungjawab untuk membayar cukai walaupun tidak mendapat bil cukai tanah seperti yang telah digariskan dalam Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965.

Jika anda masih tidak menerima bil selepas minggu ketiga bulan Januari, sila hubungi kami di Unit Hasil dan kami akan mengirimkan bil yang baru secepat mungkin. Ataupun anda boleh datang sendiri ke Pejabat Tanah Kubang Pasu untuk mendapatkan salinan bil cukai tanah anda. Ataupun anda boleh melayari Portal PTG Kedah di url www.ptgkedah.gov.my/

9. Bagaimana jika saya berpindah atau bertukar alamat?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang pertukaran alamat. Tangggungjawab ini digariskan dalam Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965. Cara paling mudah, catatkan nama, no.kad pengenalan, alamat baru, berserta no.telefon di belakang bil cukai tanah dan hantarkan terus kepada kami.

Maklumat ini boleh membantu kami menghantar balik  alamat yang betul dan memudahkan anda jika ada sebarang urusan lain di pejabat ini.

10. Mengapa lebih baik membayar bil di Pejabat Tanah Kubang Pasu?

Memudahkan anda berurusan terutama jika anda masih tidak dapat bil cukai atau ingin membuat pertukaran alamat dengan segera.

Boleh berbincang terus dengan Pegawai Tanah Daerah anda jika terdapat sebarang permasalahan mengenai bil cukai atau tanah anda.

Mengelakkan pengemaskinian maklumat atau data yang lambat dari tempat kutipan cukai luar daerah kepada pihak kami.

11. Bagaimana jika maklumat pada bil berbeza dengan rekod/geran tanah yang dimiliki?

Bagaimana untuk memastikannya?

Sila maklumkan kepada kami dengan segera. Kami akan membuat semakan dan memaklumkan semula kepada pihak anda dengan secepat mungkin. Jika ada pembetulan, kami akan membetulkannya.

Sebarang persoalan atau permasalahan yang lain boleh dikemukan melalui emel kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau boleh hubungi kami di talian 04-918 3200

MOBILE

qr ptkp2
Scan QR KOD

PAUTAN

suk21malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggovjkptg2mdkpptgbpa3

MEDIA

Videos Icon

PELAWAT

039448
Hari IniHari Ini24
SemalamSemalam75
Minggu IniMinggu Ini147
Bulan IniBulan Ini1053
KeseluruhanKeseluruhan39448

UNDIAN

Adakah informasi dalam laman web ini memberi manfaat kepada anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: