Perutusan Ketua Jabatan

 

2014 09 18 08.42.49

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang. Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi dengan izinnya Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Kubang Pasu dapat dihasilkan. Idea bagi menghasilkan laman ini timbul selepas melihat kepesatan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh negara. Laman Web kini telah menjadi suatu medium perantaraan yang cukup popular.  Penggunaannya yang meluas meliputi  penyampaian maklumat, perniagaan, pengiklanan mahupun pendidikan meletakkannya sebagai satu nilai tambah kepada mana-mana individu atau organisasi.

Jika sebelum ini segala hebahan maklumat  berkaitan cukai tanah adalah melalui radio, televisyen, papan tanda dan iklan-iklan, dengan adanya laman ini segala info terkini berkaitan Pejabat Tanah Kubang Pasu dapat disebarkan dalam rangkaian tanpa sempadan. Oleh itu kemudahan ini adalah satu perkembangan yang sihat sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai.

Oleh yang demikian kita sebagai anggota perkhidmatan awam hendaklah memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan laman web ini dan mempraktikkannya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelangggan.

Akhir kata, saya berharap agar dengan terhasilnya laman Web Rasmi Pejabat Tanah Kubang Pasu ini akan dapat memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan. Semoga prestasi dan mutu kerja jabatan ini dapat dipertingkatkan melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

 

MOHD FISOL BIN MD NOH, SDK,.AMK.,BCK.
PEGAWAI DAERAH KUBANG PASU(MERANGKAP PENTADBIR TANAH)
KUBANG PASU

MOBILE

qr ptkp2
Scan QR KOD

PAUTAN

suk21malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggovjkptg2mdkpptgbpa3

MEDIA

Videos Icon

PELAWAT

043777
Hari IniHari Ini28
SemalamSemalam88
Minggu IniMinggu Ini422
Bulan IniBulan Ini1156
KeseluruhanKeseluruhan43777

UNDIAN

Adakah informasi dalam laman web ini memberi manfaat kepada anda?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: